Jumaat, 28 Ogos 2009

Gadis Pilihan OGOS 2009


SELAMAT HARI LAHIR KEPADA : SHALEHAH DAN SEMOGA PANJANG UMUR, BERJAYA DALAM PELAJARAN SERTA MENJADI ANAK YANG SHALEHAH. AMIN

27.ogos 2009


NASIHAT DAN PANDUAN


Ingatlah hidup ini seperti kapal yang sedang dalam pelayaran. Entah apakah setiap pelayan akan menempuh destinasi? Ingat, kita sendirilah yang menjadi nakhoda, menjadi awak-awak kapal dan kita sendirilah juga yang akan menetapkan haluan kita tuju dalam pelayaran. Ayah dan Ibu hanya mampu berdoa dan berusaha tetapi takdir dan usahalahmulah juga yang akan menjadi penentunya nanti. Tebarkanlah layar kapalmu semoga pelayaranmua akan memnuju destinasi yang kau idamkan. Jangan leka berangan-angan, leka dengan pentas kegembiraan. Ingatlah masa hadapanmu dalam pelayaran. Kerana kamulah penerus dan jadi tunggak generasi dari kami di masa akan datang. Berdoa dan beramallah selalu, kerana itulah senjata yang terbaik bagimu.

Khamis, 20 Ogos 2009

JANGAN BIARKAN IA BERLALU. REBUTLAH PELUANG INI




Fadhilat dan kelebihan solat TARAWIH



Sebagai renungan diri ku dan kita semua. Sanggupkah kita meninggalkan sesuatu yang sangat tinggi nilainya. Sanggupkah kita membuang peluang yang terbuka luas? Hanya Allah sahaja yang maha mengetahuinya dan yang berhak memberi ganjaran kepada kita. Semoga seluruh keluargaku akan mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. AMIN . INGAT HIDUP DI DUNIA INI HANYA SEMENTARA DAN AKHIRATLAH JUA YANG KEKAL NANTI.

Sahaja aku sembahyang sunnat tarawih dua rakaat [aku ma’amum] kerana Allah Taala)

Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Raulullah s.a.w, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan.

Baginda bersabda bahawa:

Malam ke 1
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yang beiiman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya.

Malam ke 3
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malarnmalam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam ke 4
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al- Quran.

Malam ke 5
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang- orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam ke 6
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Malam ke 7
Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.


Malam ke 8
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam ke 9
Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Malam ke 10
Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.

Malam ke 11
la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam ke 12
la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam ke 13
la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Malam ke 15
Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam ke 16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam ke 17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam ke 18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Malam ke 19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.

Malam ke 20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Malam ke 21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.


Malam ke 22
la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Malam ke 23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam ke 24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Malam ke 26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam ke 28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Malam ke 29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ke 30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar. Selain daripada fadhilat-fadlulat yang tersebut di atas, terdapat banyak dan berbagai lagi fadhilat dan keutamaan solat Tarawih atau , Qiam. Ramadhan ini bagaimana yang disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Rabu, 19 Ogos 2009

Ramadan Bulan Penuh Berkat..

Assalamualaikum ,
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.Amin....

Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : 'Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut'. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : 'Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh'. Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :'Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh' . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : 'Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya' . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: ' Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku'. 'Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku' . 'Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku'. Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: 'Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku'. Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari. Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.' Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: 'Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. 'Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: 'Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.' Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: 'Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.' Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. ' Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu.' Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: 'Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.' Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: 'Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.' Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:'Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.' Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: 'Roh itu menuju ketujuh tempat:- 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.' Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:- 1. Orang-orang yang mati syahid. 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama.

Sabtu, 15 Ogos 2009

HAPPY BIRTHDAY AZ....

HAPPY B DAY AZ……semoga panjang umur murah rezki, badan sihat sentiasa..amin..
Salam, saudara dan saudari sekalian d sini penulis ingin berkongsi cerita mengenai dengan salah seorang anak Allayaraham Hj lakim yang boleh dikatakan berjaya dalam hidup nya. Beliau adalah anak yang ke 4 dalam adik beradiknya. AZ adalah nama glamornya yang sering dipanggil oleh anak buah nya dan cucu2 nya. Antah dari mana datangnya perkataan AZ atu, mungkin masa nya muda2 sewaktu nya bercinta dulu kali.
Orang nya simple saja,kalau liat dari luaran orangnya mcm bangla tukang putung rumput saja usulnya, tapi anda jangan terpedaya dengan luaran, beliau adalah graduan lepasan UBD dan kini beliau adalah salah seorang pegawai kerajaan di sebuah Kementerian Pendidikan. Kalau kita liat dari raut wajahnya dengan berkulit warna kopi susu atu nampak saja macam pelakon orang jahat, tapi sebenarnya beliau adalah seorang yang soleh, peramah, berbudi bahasa dan hormat kepada orang yang lebih tua termasuk lah jiran tentanga sebalah beliau,keluar pemarang tu...
Beliau mempunyai keluarga yang besar, 9 orang anak, bukan senang kan menjaga nya. Walaupun mempunyai keluarga yang besar kasih sayang terhadap isteri dan anak2 beliau tidak di abaikan begitu saja. Ini terbukti anak anak beliau cemerlang dalam pelajaran termasuk lah isteri beliau yang sedang menuntut di UBD. Bagi beliau percaya ilmu itu sangat penting untuk masa hadapan. Anak2 beliau ada yang sudah hafal surah yassin atas didik kan beliau jua yang taat kan agama islam.
Hobby nya sama macam abang beliau jua ”KELAUT”. Ani lagi tera cakap saja pasal kelaut macam2 saja teknik dan cara2 yang akan di gunakannya apabila kelaut. Penulis pernah ikut kelaut bersama beliau sewaktu hujan labat, angin kencang, laut berombak tinggi dengan kemahiran beliau mengandali enjin bot dengan mudah nya beliau meredah lautan yang bergelora itu, sambil memarahi penulis kerana penulis nda tetulus lubang penutup air masuk keperahu. “lubang b**** tetulus kau” kata beliau dengan marahnya sambil melap mukanya, yang kebasahan hujan. Penulis hanya mampu tersenyum bila mengenangkan kisah itu tapi sejak beliau kehilangan pukat kuasinya semangatnya pun kurang tia udah kan kelaut, lain kali pakai cctv nda kana curi.
Tahun 2010 adalah tahun di nanti-nantikan kan beliau kerana 2010 menurut Fung Chui China adalah tahun kekayaan bagi beliau. Macam2 angan2 beliau kedengaran di telinga penulis apabila tibanya 2010 menjelma. Beliau seorang yang sangat kuat berangan angan, apabaila sudah bersara cita-cita beliau hendak membali sebuah kapal pukat tunda dari sabah, katanya banyak untungnya kalau pukat tunda tapi takut nya kapal pacah d lautan, rugi basar kata beliau. Kan membali sebuah bas 44 seater dapat jua di sewakan tapi takut jua ia nda balik modal kata beliau sambil menggaru-garu kepalanya yang penuh dengan uban. Buat masa ani bisnes tia nasi katok Ana penggalarannya, buleh tahan jua nasi katok atu pada mula-mulanya tapi buat masa ani. Atu pun kadang2 ada, kadang2 nada langsung. Alasan beliau nda berapa balik modal. Sampai ani tia nda tahu apakan d buat nya selapas nya bersara nanti. Jangan jadi macam 0rang di se*a**n atu saja…
Sebenarnya banyak lagi cerita menarik yang hendak di kongsikan mengenai beliau. Memandangkan blog ani untuk semua setakat ani saja ta dulu.
15hb Ogos ini genap lah usia beliau yang ke 44 tahun, oleh itu penulis ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun, semoga panjang umur murah rezeki, dan tabah menghadapi cabaran kehidupan. Amin…. Wasalam.

Jumaat, 7 Ogos 2009

Jemputan Daripada Ak Ali & Sofiah

Salam Semua.

Saya Dk Alya Adibah ingin menjemput semua keluarga yang mengenali saya untuk hadir & meraikan Majlis Doa Selamat & seterusnya menyambut Ulang Tahun saya yang ke 1 Tahun.

Tempat: #1-4, Spg 166, Taman Belimbing, Jerudong

Tarikh : August 16, 2009, Ahad

Waktu : 3PM

Sekian Terima Kasih & Harap Maklum.

Rabu, 5 Ogos 2009

Selasa, 4 Ogos 2009

Khas Buat Keluarga D Bengkurong


Ibu Ibu, Bapa Bapa,
siapa yang punya anak bilang aku
aku yang sedang mahu
mahu bekerja untuk
menjaga anak kamu
bilang saja mahu
- saya Keponakan Bibi nya Adi

Isnin, 3 Ogos 2009

TERIMA KASIH

Salam Semua.

Kepada Neneknda, Ayah Bonda, Uncle2 & Auntie2, Adinda2, Ipar2, kami sekeluarga menjunjung kasih atas kehadiran biskita sekeluarga ke majlis tahlil & hari lahir anaknda Zekrey.

Kepada mereka yang menyumbang kan saguhati mahupun tenaga2 kerja, kami sekeluarga ingin mengucap kan jutaan terima kasih. Semoga Allah saja yang membalas jasa baik biskita.

Akhir kata kami sekeluarga mohon maaf sekiranya ada kurang selesa atau kekurangan sewaktu majlis d adakan.

Ikhlas daripada - Keluarga Haji Jack