Ahad, 31 Mei 2009

Lawatan KeKota London 2007

Mama Ku Hajah Rubiah dgn Sahabatnya Cikgu Bersara Dyg Aniah (Mama Kaka Rina)
Laksamana Laksamana Yang Turut Menjayakan Konsert kebajikan betempat di Albert Hall

Sebahagian keluarga yang berjaya menerima Sijil Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Roket Antarabangsa..


At Brunei Hall...em.. Tapi lupa ku bila photo ani kana ambil.. dari kiri Prof Abdullah, Senior Engineer Haji Zakaria dan Laksama James Bond (gemuk ku eh)


Senyum paling Manis ketika memiliki Segulung Tikar Terbang.. Tahniah Senior Engineer

Sabtu, 30 Mei 2009

KUALA LUMPUR...

bukit bintang santai'ing~

Radius Hotel Kuala Lumpurr..

KLCC


Khamis, 28 Mei 2009

Rene Kandar

Antara Pemain Sinetron Indonesia dalam lawatan mengejut kejerudong park.

Rebung, anak-anak dan warna...

Rebung, dapat dilentur ketika masih lembut / kecil. Diumpamakan seperti seorang kanak-kanak, mereka dapat diajar / diatur untuk mengikut arah tuju seperti kemahuan kitani sebagai indung. Sebagai indung kitalah menentukan warna keputihan mereka, samaada masih berkekalan putih atau perlahan-lahan bertukar kepada warna lain. Walau apapun pertukaran warna mereka masa ini, masih belum terlambat lagi untuk mengambalikan semula keputihan warna itu. Memanglah anak itu anak kita, tapi jangan lupa mereka adalah dipertanggung jawapkan untuk kita mengekalkan keputihan itu oleh siPencipta.

Isnin, 18 Mei 2009

Comelnya...

darwish penyanyi berbakat kita..dgn fauziah dan ultraman dibelakang..Nini ensem pun ada jua tuu....

PERAHU RUMPUNG, INGATANNYA TETAP KUKUH

Malam hari minggu, memang malam santai, maklum aku orang bujang. Aku dan teman-teman seperti biasa berceloteh tak mengira waktu di beranda rumah. Ketika itu aku tinggal di kampong air. Dalam gelak tawa tiba-tiba aku terdengar suara yang sering ku dengar sebelumnya;

‘Dol, dol, minyak sudah sedia? Awal tane esuk ah” sambil kakinya terus melangkah ke masjid yang berhampiran rumah kami ketika itu untuk menunaikan fardhu isyak .

“sudah, udang atu naik awal pagi gayanya. Esuk awal pasang tu” Balasku dengan nada ceria untuk pergi mengandang udang esuknya.

Maklumlah ketika itu harga udang memang tinggi, dapat udang bererti poketku untuk ke sekolah juga pasti berisi. Aku masih terbayang ketika itu aku berada di tingkatan enam atas. Duit menjadi keperluan bukan saja untuk makan dan minum di kantin elektrik malah jika tiada bas ia berguna untuk tambang bas dari Gadong menunju ke Bandar ketika itu.

Pagi-pagi lagi ketika belum sempat mentari menyinari bumi, aku sudah turun dan naik ke dalam perahu. Aku seperti biasa akan menghidupkan enjin sebagai memanaskan terlebih dahulu. Aku naik semula untuk mengambil bekalan ke laut. Aku terlihat ketika itu, dia menyediakan kopi dan minuman dan memuatkannya ke dalam botol untuk dibawa ke laut.

“bah sembahyang ku dulu, ko inda sembahyang? Hujahnya selamba.
“Bah agatah kita saja, akhir tia karang, udang atu subuh naiknya” jawabku sambil tergesa-gesa menuju pintu dapur untuk turun ke perahu semula.

Di dalam perahu hatiku rasa sangat gelisah kerana dia kurasakan terlalu lama untuk turun. Fikiranku tetap kepada kumpulan udang pagi yang meruntun banyaknya. Dengan rasa tamak, ada juga rasa marahku terhadapnya ketika itu. Hati muda katakana. Tapi ku benamkan kerana aku tahu dia baru saja lepas sembahayang. Tiba-tiba aku terlihat dirinya dengan perlahan turun melalui anak tangga satu persatu.

“batah jua kita, akhir tia ne karang abis tia udang ah ulih urang” Ujarku dengan rasa kesal.

“pelahan, , lapas sembahyang inda jua bisai inda bedoa” balasnya dengan tenang.” kitani sebalum turun membaca-baca dulu” sambungnya sambil melangkah ke dalam perahu.

Ketika dia melabuhkan punggung ke lantai perahu aku melihat mulutnya masih terkumat-kamit membaca sesuatu. Aku hanya memerhatikan tanpa mempersoalkan apa yang dibacanya.

“Bah jalan tane?” Tanyaku sebagai isyarat untuk memulakan perjalanan.

“Bata, pukat semua sudah masuk ne?” balasnya untuk memastikan tiada yang tertinggal.

Tanpa berkata akupun terus memecutkan perahu berkuasa 55 kuasa kuda dengan kelajuan separuh kekuatannya. Belumpun sampai lima minit meninggalkan rumah aku sudahpun sampai di sungai Kebun. Dengan tenang dan harapan tinggi igauan ku tersentak bila aku terlihat dari arah bertentangan ada perahu tambang membelok ke kanan kami tanpa amaran. Aku terus menyelamatkan keadaan tetapi perlangaran tetap berlaku. Aku dan pemandu perahu tambang tadi terhumban ke air. Aku umpama hilang kesedaran ketika itu dan terus tenggelam jauh ke hampir ke dasar sungai. Bila aku sedar, aku cuba menimbulkan diri ke permukaan air dan terus menjerit memanggilnya kerana aku pasti dia juga mesti terhumban. Dalam fikiranku, dia mesti menerima kesan yang lebih teruk kerana ketika itu dia berada di hadapan perahu sedanggkan aku berada di belakang. Setelah aku melihat , aku kehairanan dia tetap masih duduk di tempat yang sama dengan tidak ada perubahan tempat duduknya.

Diapun berdiri dan menggambil pengayuh untuk menghampiriku. Tapi malangnya perahu itu agak dimasuki air dan susah untuk dikayuhkan. Aku merasa hampir lemas dalam keadaan panik dan kakiku terasa sakit untuk digerakkan, mungkin terkena dinding perahu ketika kemalangan itu. Dia dengan melipatkan tenaga mengayuhkan perahu itu dan menghulurkan pengayauh kepadaku sebagai meyelamatkan nyawaku. Aku terus naik ke dalam perahu, dan terkejut yang amat sangat.

“putus kah perahu ane?” Tanyaku kepadanya untuk mendapat kepastian.

“awu, abis tia harapan kitani” jawabnya dengan wajah kesal dan sedihnya.

Dengan nada kesal, ia tetap duduk di tempat yang sama, sedang aku terus memandu perahu itu untuk menuju pulang ke rumah. Sampai saja di rumah ku ketika itu, dia terus melangkah naik ke rumah. Dengan nada kesal ia mengungkapkan kata-kata sedih kepada isterinya yang tersayang. Sedang aku tetap berada di perahu ketika itu untuk menyelamatkan enjin daripada tenggelam ke dalam air.

“Oi, abis oi. Rumpung perau ah. Manakan dapat turun ke laut lagi ne” katanya kepada isterinya yang dikenalinya ketika itu sebagai ‘oi’ sebelum menunaikan fardhu haji dan akhir-akhir ini di sebutnya sebagai ‘jah’.
“awu, rumpung, baik jua inda apa-apa” balas oi dengan kehairanan melihat keadaan perahu itu kehilangan bahagian hadapannya.

Sekarang baru aku faham, mengapa raut wajahnya menjadi sayau ketika itu. Dengan pendapatannya ketika itu, harga perahu memangsangat mahal dan sukar untuk dibelinya. Kata-katanya “abis tia harapan kitani” sudah cukup untuk aku faham sekarang ini yang perahu itu sangat tinggi nilainya dari segi harga dan sebagai penambah pendapatan kami ketika itu. Tambahan pula perahu itu merupakan perahu yang diperolehinya dari pemberian saudaranya di Batu Marang.

Sekarang juga baru aku faham, pentingnya doa dan sembahyang. Inilah pesanannya ketika akhir-akhir hayatnya, bila menjaganya dan melihat aku sembahyang di rumahnya ketika ia sedang tenat ia tetap mengingatkan dan berkata “sembahyang ani banyak kebaikkannya” Jikalah aku sembahyang ketika itu, sudah tentu aku agak lambat sedikit turun ke laut, dan kerana aku lambat itu sudah tentu perahu tersebut tidak akan menjadi perahu rumpung kerana perbedaan waktu dengan perahu tambang tadi.

Terima Kasih untuk Haji Yusof's Family

Malam Tahlil..dari Kiri Hajah Lipah, Hajah Rubiah,Hajah Lawyah dan penampilan unggul dari Kaka Mas..Terima kasih kpd Keluarga Haji Yusof kerna menyediakan Makanan yg semua nyaman nyaman...esp Undang masak Merah huhu..

Sabtu, 16 Mei 2009

Sekubit Kisah Bersama Ayah Tercinta II

Penulis saja menceritakan kisah ini bagi panduan kepada anak-anak dan cucu-cucu yang dibawah umur 13 tahun. Pada tiap tiap bulan ayah dan ibu selalun pergi mudik ke ulu sungai Miri iaitu dimana lembu lembu kami di ternak. Orang yang menternak lembu tersebut bernama Tuan Haji Momin. Seperti biasa dikawasan kampong terdapat berbagai jenis buah buah ditanam seperti biabas, kalimunting, jambu jagus dan sebagainya. Buah-buah sumber tarikan bagi penulis untuk suka ikut ke sana (dikenali ulu). Kebiasaan waktu kanak kanak adalah sedikit perangai gauk (bukan jahat). Buah orang di angap buah sendiri. Tiap tiap kali apabila sampai saja ke tempat itu , penulis dan adik adik lain belari sekuat kuatnya kearah pokok- pokok lalu di panjat dan mengambil buahnya tampa segan silu. Perangai sedang-sedang saja ini membuat ayah terutamanya ibu kurang selesa dan gigitan. Bukan apa mungkin ibu malu ataupun takut kami merosakan kebun orang atau takut kami bermara (jatuh) dan merbahayakan. Kata kata nasihat dan bibitan ibu pekara biasa buat ku, kana lada pun sudah manis bagiku, sebab itulah bibirku tabal. Semuanya tidak berkesan untuk menyuruh kami berhenti. Oleh itu ayah dan ibu tidak mahu membawa saya dan adik adik ke ulu lagi. Pada satu hari saya terdengar ayah dan ibu merancang ke ulu melawat lembunya. Seperti yang telah di tentukan oleh mereka tidak akan membawa kami kesana. Oleh pada hari yang dan waktu yang telah di tentukan saya awal awal ketitian dan pergi keperahu. Perahu ayah mempunyai lantai. Saya pun segera bersembunyi dibawah lantai tanpa di ketahui oleh mereka. Ayah menghidupkan injin dan menyusur tebing sungai Miri. Kira kira dua puluh minit iaitu hamper jambatan Piasau saya pun keluar dari persembunyian saya. Kedua ayah dan ibu terkejut dan bergiling kepala. Oleh kerana sudah separuh perjalanan maka mereka terus kan perjalanan dan saya sangat gembira ikut serta ke ulu. Di benak kepala saya biabas nya tentu banyak yang sudah masak. Itulah dia kisah saya bagi di kongsikan bersama. 

Jumaat, 15 Mei 2009

Makan Makan Sahaja (MMS)

Lunch time Kot!! didepan Make-Dugal

record dunia minum pepsi menggunakan lima straw..sanggup kah anda? sungguh tamaha anak ani..feeqah feeqah..

Macam kambar.. Mun durang ani dibawa buffet,rugi ani confirm!.kita saksikan video clip yang di-atas ni...



Snap Snap Kuala Lumpur!!

salah satu snap kamera yang sangat menarik minat saja. cuba saksikan banar banar hehe dbrunei bekerita diluar negeri jalan kaki..hehe angah laju jua jalannya..nda sakit kakinya hehe.. haji yusof ketinggalan dibelakang..

kenali keluarga kitani dari kiri.. hajah lipah,hajah rubiah,atul,shafeeqah,syadina dan haji yusof.

Alizan's family:macam biasa adib dengan tangannya semasa begambar semua kan sama gambarnya..atu tah saja postnya mcm ultraman..fanatik unltraman jua bah..okay adib

Airasia Terminal..jom balik brunei!!!!!!

inilah ibunda tercinta ku hehe.. disamping hajah rubiah itu ialah anak buah ku yang manja shafeeqah dan nur hidayatul syamina..siuk ehh durang belayar..

inilah nurse yang bertugas untuk menjaga kesehatan para-para keluaga yg mengikuti rombongan ke kuala lumpur.dan tugas khasnya ialah menhaga bag-bag sja hehe...


inilah sebahagian kecil keluarga yg mengikuti rombongan ke kuala lumpur yaang dikepalai oleh Haji Yusof Dullah (kata mata hitam).. kita dpt menyaksikan adib sedang bergembira meloncat untuk pulang ke-brunei darussaalam



Selasa, 12 Mei 2009

Sekubit Kisah Bersama Ayah Yang Tercinta

Pada minggu lepas setelah kembali dari memukat dipantai Tungku beberapa budak sedang mandi manda di tepi pantai. Tetapi yang menarik perhatian ku ialah seorang budak kecil sedang berenang renang di tepian pantai dengan menggunakan baldi besar berwarna merah. Peristiwa ini mengembalikan nostalgia dan ingatan ku ke satu peristiwa ku semasa kecil yang tetap ku kenang bersama Allahyarham ayahada tercinta. Kisahnya agak lucu sedikit tetapi dapat mengambarkan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya. Kisah ini terjadi di satu petang di Kampong Pulau Melayu di mana aku dilahirkan. Ibu tersayang menyuruh ku membuang sampah ke sungai. Waktu itu sungailah tempat membuang sampah paling ideal. Lalu ku masukan semua sampah kedalam baldi yang juga berwarna merah lalu ku bawa ke titian atau jambatan dimana ayah sedang membubul pukat. Tiba saya di titian, saya pun meghayun kuat baldi dengan tujuan membuang sampah tersebut ke sungai, tetapi baldi tersebut tetap saya pegang yang akhirnya saya ikut jatuh kedalam sungai dan hanyut terapung bersama baldi tersebut. Waktu itu air surut dan air agak deras. Saya pun panic dan berteriak teriak. Allahyarham terkejut dan terus terjun ke-air dan berenang tercungap-cungap menyelamatkan saya. Alhamdulilah dengan bantuan turus kayu ayah saya dan saya berdakap di turus tersebut seketika untuk mengambil nafas dan kemudian saya di bawa berenang ketepian.

Peringkatan:
Kepada anak- anak tercinta, anak buah dan cucu cucu, jangan lah gauk dan senangkan hati ayah dan ibu kita.

Di kisahkan oleh ACAI
11-5-2009
Rimba
Selamat Hari IBu, Semoga Ibu Kita Sihat Walafiat dan Bergembira.

Ahad, 10 Mei 2009

Acai Balik Haji Pada 29/12/2007


SYUKRAN.....SYUKRAN.....SYUKRAN.....
Tercapai lah sudah impian Acai Hj Manan pergi ke tanah suci bersama dengan isteri.

Siapakah Manusia Ini








Mereka ini adalah manusia yang lahir pada zaman 60an(zaman Pop Yeh Yeh).Sampai ke hari ini mereka masih hidup dan sihat.Tetapi yang menghairankan mereka ini masih muda dan bergaya sampai zaman kini.Sepatutnya dari setahun ke setahun manusia ini semakin tua.

Setelah di kaji oleh Prop.K.Sambaragam anak/L Mutusamy (India marii...)mengatakan yang mereka ini mengamalkan makan makanan akar sanggul fatimah(sejenis tumbuhan liar).Akar sanggul fatimah ini boleh di perolehi di kutub utara dan harga di pasaran ketika ini mencecah 1 juta(duit monopoly)seikat.MENAKJUBKAN.

Sabtu, 9 Mei 2009

BOTOL MINUMAN KACA LEBIH BERNILAI DARI EMAS SEBUKIT

Aku memandu laju, maklum keadaan jalan sekarang membuat aku tak dapat melihat jalan lengang. Aku pasti laju demi masa. Sambil aku memandu mataku tetap melihat ke depan. Kelajuanku tersentak melihat sebiji botol yang terdampar di tepi jalan. Memang sekali pandang, botol minum kaca tiada maknanya bagi kita. Maklum berapa senlah harga bagi sebiji botol?. Aku terus perlahankan keretaku kerana melayan fikiranku mengenangkan boto-botol yang sering terbuang di tepi jalan. Bagi ku botol memberi makna dan harga yang tinggi dalam kehidupanku.

Lamunanku terus berlegar-legar di benak kepalaku dan kulayan lamunanku membuat panduanku semakin seakan-akan terhenti. Masih segar dalam igatan, masih dapat kubayangkan dan masih terdengar kata-kata yang diluahkannya. Ketika itu aku bersekolah di sekolah Menengah SMJA berhampiran dengan hospital lama. Sebelum aku balik ke kediaman kami di jalan Tutong, aku sering singgah ke tempat dia bertugas. Samaada meminjam basikalnya atau dengan cara lain.

“kan balik kau dol?, tunggu sekajap, mana tau ada tumpangan. Kalau ada karang dapat kau menumpang. Minta turunkan kau karang bila kan sampai ah”

Aku faham apa yang dimaksudkannya. Aku sudah mengerti dia sering menumpangkan aku dengan kereta hospital yang sering menghantar barang-barang ke klinik atau hospital-hospital lain yang menggunakan jalan Tutong. Aku akur dan duduk diam di dalam pondok yang dijadikan sebagai pejabat kerjanya. Selang lima belas minit kemudian, tumpangan yang ditunggu tak juga kunjung tiba. Tiba-tiba terdengar suaranya berkata-kata sesuatu;

“Tunggu sekajap ah, kalau ada kereta ambulan atau kereta doktor masuk karang, buka palang ane ”
“Bah”, jawabku sepatah.

Dengan jawapan ku itu, dia terus beredar tanpa sepatah katapun. Tapi kalibatnya masih jelas di mataku. Ku lihat dia berjalan ke hulu dan ke hilir. Aku tak punya bayangan apa yang sedang dilakukannya. Selang beberapa minit kemudian jelas ku lihat , di tangan kanannya tergayut tiga biji botol dan di tangan kirinya pula tergantung empat botol yang hampir sama. Langkah kakinya diteruskannya hingga menuju ke sebuah kedai kayu yang wujud berhampiran hospital lama ketika itu. Lamunanku terus memenuhi ruang kepalaku sambil aku memerhatikan kereta-kereta yang masuk ke kawasan kecemasan ketika itu. Aku dikejutkan dengan suaranya sekali lagi;

“Bah agatah kau balik dulu, akhir sudah, lapar kau karang” sambil menghulurkan wang syilling untuk tambang basku balik.

Dalam perjalananku ke perhentian bas, aku terus terfikir wang yang ada di tangan ku ini pastilah dari harga botol tadi. Tanpa disedarinya, aku terus berjalan ke tempat kediaman kami ketika itu. Aku tak sanggup menggunakan wang itu hanya untuk keselesaanku. Sedang dia sanggup jerih-payah usahanya kerana mahukan aku selesa menaiki bas. Bagiku, ini adalah salah satu pergorbanan terbesarmu yang jelas di hadapan mataku. Sumbangan mu ini sangat mengkagumkan aku.

Tanpa usahamu masa silam, mungkin aku tak sebigini adanya sekarang. Aku menghargai pengorbananmu. Botol Kaca lebih bernilai dari sebukit emas. Ya ALLAH kau jadikanlah kami orang yang bersyukur dan limapahkanlah rahmatMU ke atasnya, golongkanlah dia bersama-sama ahli syurga di atas kebaikannya. Amin.

Dari meja Pengarang:
Kepada anak-anakku dan sidang pembaca sekalian, ingatlah, meskipun pengorbanan kita sekecil-kecilnya di mata orang tetapi mungkin ia besar dalam ingatan bagi mereka yang ditinggalkan. CATATAN MEMORI : NURHANIF GARDEN

Khamis, 7 Mei 2009

Ayahku Seorang Pejuang (Sambungan Dari Episod Pertama)



Allahyarham Seorang Peniaga: Allahyarham seorang peniaga (businessmen) bukan sekadar nelayan yang seperti kamu tahu. Beliau pernah mempuyai ternakan lembu sehingga jumlah lembu yang dimilikinya mencecah ke 30 ekor. Allahyarham juga merupakan pemegang saham (shareholder) syarikat balak meskipun ditipu dan merupakan orang yang pertama membuka kedai runcit di kampung tersebut. Tidak lebih saya katakan orang melayu kedua yang menjalankan kedai runcit selepas Tuan Haji Sabli. Adat berniaga adakalanya pasang dan ada kalanya surut, itu adat berniaga. Tidak hairanlah beberapa orang daripada anaknya meneruskan kemahiran tersebut dengan menjual nasi katok dan kuih muih.

Allahyarham Seorang Pejuang Bangsa: Allahyarham juga merupakan pejuang bangsa yang harus disanjungi. Beliau pembantah dan penentang kepada kealfaan penduduk kampong yang mudah dimain-mainkan oleh pemimpin dengan menaburkan janji-janji kosong meskipun ada yang menyindir Allahyarham dengan kata-kata yang hina. Namun atas kekuatan, semangat dan sayangnya kepada Kampong Pulau Melayu (kampong yang dibuka dengan jerih-payah bersama ayah dan keluarganya) dan semangat juang yang tinggi maka Kg Pulau Melayu tidak lenyap zaman dan tetap dan kekal wujud hingga ke hari ini. Jika bukan tentangan Allahyarham Kampung Pulau Melayu sudah menjadi Resort dan hanya tinggal nama dalam lipatan sejarah. Di samping mempertahankan kampung kesayangannya Allahyarhamlah orang yang bertanggung jawab mewujudkan sekolah pertama di sekolah di Kampong Pulau Melayu dan cikgu pertama ialah Cikgu Abang Man (Cikgu Hj Abd. Rahman Nasir). Kewujudan sekolah ini adalah hasil jerih payah dan asakan berterusan Allahyarham kepada pihak kerajaaan. Penulis merupakan di antara penuntut pertama menuntut di sana walaupun sekadar sekolah main-main (pra sekolah). Manakala Surau Kg Pulau Melayu juga merupakan hasil usaha beliau dengan perundingan yang dibuatnya dengan seorang ahli peniaga melayu iaitu Allahyarham Tuan Haji Sabli yang berkesudian mendermakan kayu, papan dan sebagainya sehinggalah terbinanya surau pertama di Kg Pulau Melayu yang dulunya diberi nama Surau Haji Sabli atas cadangan Allahyarham jua.

Allahyarham pantang diperlekehkan: Allahyarham seorang yang benar-benar berjiwa besar dan tidak suka diperlekeh atau direndah-rendahkan oleh orang lain. Untuk renungan saya berikan satu peristiwa di mana beliau sanggup berdiri dan menunjuk membidas pembesar semasa mesyuarat kerana merendahkan dan memperlekeh cadangan yang diadukan oleh seseorang semasa mesyuarat tersebut yang akhiri cadangan tersebut diterima pakai.

Allahyarham Rajin Menuntut Ilmu Ugama: Semasa mudanya Allahyarham seorang yang suka menuntut ilmu keagamaan. Allahyarham khatam al-Quran beberapa kali. Di mana ada orang pandai Allahyarham akan belajar. Antara guru yang banyak membimbing beliau ialah Guru Tuan Haji Mokztar Khan. Dengan kesungguhannya belajar beliau mahir membaca al-Quran dan dan banyak menimba ilmu ketuhanan, ibadat dan akidah dan mempunyai amalan amalan hari. Semasa di Kampong beliau sering juga menjadi imam dan menjadi rujukan qari-qari muda dalam hal-hal tajuid. Allahyarham juga seorang yang bermurah dan sentiasa menyumbang kepada perkembangan samaada keugamaan atau kebajikan kampong.

Allahyarham bukan setakat berjayanya menjadikan anakya berpelajaran tinggi malah mampu merubah Kampong Pulau Melayu sebuah kampong yang serba lengkap dihormati dan harmoni.

Memang ada orang Kampung menyanjung baik usaha yang telah di buat oleh beliau namun tidak kurang juga ada yang tidak menyenanginya dan cemburu, Allahyarham tetap tabah dan terus berjuang kerana Allahyarham mempunyai perinsip hidup, benci kepada penipuan dan tidak mahu di paloi paloikan dengan janji janji manis. Akhirnya dengan keikhlasanya Allahyarham berjaya sebagai pejuang yang hebat kepada keluarganya mahupun kampung dan masyarakat setempat di mana empat anaknya telah berjaya menerima ijazah dan mempunyai jawatan yang baik.

Allahyarham seorang yang sangat baik dan sentiasa bersifat sabar jauh sekali bersifat dengki dendam atau memburuk-burukan orang lain.

Akhirnya Allhayarham balik ke Brunei membawa diri atas sebab yang sangat trajis yang telah memaksanya meninggalkan kampong kesayangan meskipun pada peringkat awal sukar untuknya membuat keputusan. Maaf penulis tidak dapat ceritakan yang sebenarnya dan yang hanya diketahui oleh ibu tersayang . Sedih, sangat sedih tapi beliau tabah mengharunginya yang akhirnya menjadi rahmat kepadanya. Semoga amalanya akan diterima oleh ALLAH. Amin. AL Fatihah.

Apa yang saya tulis adalah iklas untuk memberi maklumat kepada semua dan tiada tujuan lain. Saya juga terpangil untuk menceritakan kehebatanya sebagai contoh dan teladan dalam sama-sama kita mengharungi kehidupan masing-masing. Salam kekeluargaan dari saya dan keluarga.

Nisa Najibah "Girl" di Hospital KB


Ani gambar Najibah di Hospital KB. Seorang anak yang tabah walaupun masih kecil. Dua kali ambil darah (nampak tangan kanan yang be pelastar). Complete masuk air lagi... sabar ya wahai anakanda.

Rabu, 6 Mei 2009

Ayahku yang HEBAAAATTT (Episod Pertama)

Cerita ini sekadar ristaan sejarah hidup penulis bersama Allahyarham Ayahnda yang sangat di sayangi yang telah membesarkan, mendidik serta membimbing kami sehingga berjaya. Penulis sentiasa ikut kemana-mana Allahyarham pergi, kalau inda kana bawa penulis akan menangis. Allahyarham seorang ayah yang sangat bertanggung-jawab dan berusaha keras untuk menjadikan keluarganya sebuah keluarga harmoni dan disegani di Kampong Pulau Melayu sehingga mampu memiliki rumah yang tagap bertiangkan batu, berdindingkan kayu melurus keatas dan beratapkan kayu berlian. Lantainya berlapiskan kayu kapur halus yang licin dan rapi,( silap silap boleh terkelincir di buatnya). Rumahya berbentuk hexagon yang serupa dengan rumah orang besar besar Inggeris zaman penjajahan dulu.

Untuk pengetahuan anaknya, cucu dan cicitnya beliau merupakan orang yang sangat hebat dan kita perlu bangga punya ayah, nini atau datok yang hebat di dunia dan insAllah hebat di akhirat.

bersambung....

Selasa, 5 Mei 2009

KEPALA DAN KELAPA ADA PERSAMAAN?


<--- Sekolah mana ini? Berjaya menghasilkan 4 graduan dlm 1 keluarga. Terima kasih kpd Allahyarham... wujudnya sekolah ini atas jasa mereka. Sekolahnya Indah dihiasi dengan Pokok Kelapa

Kepala bhgian penting utk manusia, tnpa kepala tiada rupa,tiada nama. Dari kepala Nampak mood manusia. Di kepala ada banyak yg tersimpan. Sana sini kepala sngt berguna. Tak hidup tnpa kepala.tak ada tangan atau kaki ta pa.. masih boleh hidup. Tanpa kepala macm mana?? Deria bau dan rasa letak dikepala. Fikir awal/akhir bulan dalam kepala. Melihat yg cantik /bida juga dikepala. Macam kelapa juga berbagai guna.. akar, daun, buah, btng, upeh,sabut malah mayang kelapapun berguna. 1000 mcm guna kelapa. Sama juga kepala 1000 mcm guna kepala. Ingat masa kecil dulu, kalau hari raya menjelang, ibuku yg tersayang gosok dakiku dengan sabut kelapa.Hebat orng dulu. Dulu main Lumba bukan pkai kereta control tapi lumba tarik kawan pakai pelepah kelapa. Kelapa bulat, kepala pun bulat. Kedua2nya makin tua makin keras dan bernilai guna. KELAPA DAN KEPALA PUNYA PERSAMAAN MENYIMPAN 1000 RAHSIA DAN KEGUNAAN….. Cerna Minda keluargaku.
nukilan Az-Maz.. sudut stor Nur hanif Garden.

Isnin, 4 Mei 2009

GambarS Penuh Kenangan



Allahyarham Hj Lakim bersama Neneknda Hjh Lawyah berpegangan tangan....

Gambar ini telah di SNAP pada hari raya tahun 2005 (bangga lah aku ada gambar exclusive ani, biasalah cucu menantu tersayang kata kan..he..he.. jgn marah).

Ini lah gambar kenangan bagi tani semua semasa Allahyarham masih ada di rumah yang di panggil "Rumah Nini Rimba".

Gambar Pintu menuju ke bilik Pasangan Allahyarham dan Neneknda banyak meyimpan kenangan manis yang berharga terutama sekali tani sekeluarga banyak mengadakan aktiviti aktiviti ringan seperti becerita, ber lawak jenaka dll. Di bilik ini jugalah tempat Anak, Cucu, Cucu Menantu dan Cicit Allaharyam menjaga beliau semasa sakit tenat dan di bilik inilah tempat Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir.


Pada 2hb Mei, 2009, setelah 40 hari meninggalnya Allahyarham, Neneknda Hjh Lawyah setuju untuk berhijrah ke rumah anak-anak nya yang lain mengikut gilirin, Insyaallah.

Kelihatan Neneknda sudah bersiap membawa separuh dari barang keperluan harian nya seperti baju, meja dan kerusi untuk sembahyang.


Terasa amat sedih apabila meninggal kan bilik yang banyak menyimpan berjuta kenangan bagi semua keluarga yang pernah berduyun datang ke tempat yang penuh bermakna bagi setiap orang terutama sekali bagi Anak, Cucu, Cucu Menantu dan Cicit Allahyarham Hj Lakim. Sayu melihat bilik yang telah kosong yang telah di tinggal kan oleh Neneknda Hjh Lawyah buat sementara waktu sahaya.. Insya Allah.. Kami merindui mu BILIK...



Sudah sekian lama Neneknda tidak keluar meninggal kan rumah dan ini adalah perjalanan Neneknda yang pertama setelah sekian lama duduk di rumah menjaga Allaharyam dan selepas 40 hari meninggalnya Allahyarham. Kelihatan Neneknda di dalam perjalanan menuju ke Pusara Allahyarham buat pertama kalinya..
Insyaallah sekarang Neneknda menetap sementara waktu di Baitul Zaidan Wafir yang bertempat di Lubok Sigurun, Mulaut.

Ahad, 3 Mei 2009

Harijadi Uncle sama Adibah




Hari ani Uncle sambut harijadi. Adibah pun sama sambut harijadinya, walaupun lambat satu hari...

Malam Tahlil di Mulaut