Jumaat, 1 Mei 2009

Mendongak ke atas menunjukkan merekalah yang akan memikul harapan kita.



Anak-anak adalah pelita. Berilah mereka peluang untuk mereka menuju ke arah kejayaan. Anak-anak kita Berjaya, kita akan turut merasa bangga. Anak adalah harta. Bukan saja untuk dunia. Anak juga adalah manusia yang kita harapkan untuk membawa kita ke syurga. Doa anak kepada ibu-bapa merupakan doa yang mustajab dan dimakbulkan. Semoga anak-anak kita akan menjadi anak yang shaleh dan shalehah. Untuk menjadikan anak-anak kita berakhlak mulia, kita mestilah membimbing mereka dan sambil itu kita mestilah muhasabah diri kita terlebih dahulu. Semoga petikan ini mengingatkan diri ku sendiri dan juga semua pembaca yang terdiri dari ahli keluarga yang tersayang.

Tiada ulasan: