Sabtu, 9 Mei 2009

BOTOL MINUMAN KACA LEBIH BERNILAI DARI EMAS SEBUKIT

Aku memandu laju, maklum keadaan jalan sekarang membuat aku tak dapat melihat jalan lengang. Aku pasti laju demi masa. Sambil aku memandu mataku tetap melihat ke depan. Kelajuanku tersentak melihat sebiji botol yang terdampar di tepi jalan. Memang sekali pandang, botol minum kaca tiada maknanya bagi kita. Maklum berapa senlah harga bagi sebiji botol?. Aku terus perlahankan keretaku kerana melayan fikiranku mengenangkan boto-botol yang sering terbuang di tepi jalan. Bagi ku botol memberi makna dan harga yang tinggi dalam kehidupanku.

Lamunanku terus berlegar-legar di benak kepalaku dan kulayan lamunanku membuat panduanku semakin seakan-akan terhenti. Masih segar dalam igatan, masih dapat kubayangkan dan masih terdengar kata-kata yang diluahkannya. Ketika itu aku bersekolah di sekolah Menengah SMJA berhampiran dengan hospital lama. Sebelum aku balik ke kediaman kami di jalan Tutong, aku sering singgah ke tempat dia bertugas. Samaada meminjam basikalnya atau dengan cara lain.

“kan balik kau dol?, tunggu sekajap, mana tau ada tumpangan. Kalau ada karang dapat kau menumpang. Minta turunkan kau karang bila kan sampai ah”

Aku faham apa yang dimaksudkannya. Aku sudah mengerti dia sering menumpangkan aku dengan kereta hospital yang sering menghantar barang-barang ke klinik atau hospital-hospital lain yang menggunakan jalan Tutong. Aku akur dan duduk diam di dalam pondok yang dijadikan sebagai pejabat kerjanya. Selang lima belas minit kemudian, tumpangan yang ditunggu tak juga kunjung tiba. Tiba-tiba terdengar suaranya berkata-kata sesuatu;

“Tunggu sekajap ah, kalau ada kereta ambulan atau kereta doktor masuk karang, buka palang ane ”
“Bah”, jawabku sepatah.

Dengan jawapan ku itu, dia terus beredar tanpa sepatah katapun. Tapi kalibatnya masih jelas di mataku. Ku lihat dia berjalan ke hulu dan ke hilir. Aku tak punya bayangan apa yang sedang dilakukannya. Selang beberapa minit kemudian jelas ku lihat , di tangan kanannya tergayut tiga biji botol dan di tangan kirinya pula tergantung empat botol yang hampir sama. Langkah kakinya diteruskannya hingga menuju ke sebuah kedai kayu yang wujud berhampiran hospital lama ketika itu. Lamunanku terus memenuhi ruang kepalaku sambil aku memerhatikan kereta-kereta yang masuk ke kawasan kecemasan ketika itu. Aku dikejutkan dengan suaranya sekali lagi;

“Bah agatah kau balik dulu, akhir sudah, lapar kau karang” sambil menghulurkan wang syilling untuk tambang basku balik.

Dalam perjalananku ke perhentian bas, aku terus terfikir wang yang ada di tangan ku ini pastilah dari harga botol tadi. Tanpa disedarinya, aku terus berjalan ke tempat kediaman kami ketika itu. Aku tak sanggup menggunakan wang itu hanya untuk keselesaanku. Sedang dia sanggup jerih-payah usahanya kerana mahukan aku selesa menaiki bas. Bagiku, ini adalah salah satu pergorbanan terbesarmu yang jelas di hadapan mataku. Sumbangan mu ini sangat mengkagumkan aku.

Tanpa usahamu masa silam, mungkin aku tak sebigini adanya sekarang. Aku menghargai pengorbananmu. Botol Kaca lebih bernilai dari sebukit emas. Ya ALLAH kau jadikanlah kami orang yang bersyukur dan limapahkanlah rahmatMU ke atasnya, golongkanlah dia bersama-sama ahli syurga di atas kebaikannya. Amin.

Dari meja Pengarang:
Kepada anak-anakku dan sidang pembaca sekalian, ingatlah, meskipun pengorbanan kita sekecil-kecilnya di mata orang tetapi mungkin ia besar dalam ingatan bagi mereka yang ditinggalkan. CATATAN MEMORI : NURHANIF GARDEN

Tiada ulasan: