Sabtu, 2 Mei 2009

Rumahku syurgaku :RUMAH TEMPAT SELAMAT?


Sebut Saja tentang kemalangan, terbayang di fikiran.. kemalangan di jalan raya. Tapi mengapa kita perlu memikirkan kemalangan-kemalangan berat seperti itu semata-mata? Sebenarnya kemalangan paling tinggi berlaku ialah kemalangan di rumah, di tempat kerja dan kemalngan semasa bersukan.


Mengapa ia boleh terjadi? Menurut pakar keselamatan, kemalangan berpunca dari beberapa faktor. Antaranya Kecuaian manusia, kelengkapan yang digunakan, cuaca (misalnya hujan, panas atau ribut), dan kondisi persekitaran. Apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah kemalangan di rumah. Ingatlah kepada anak-anak dan kita sendiri bila berada di rumah. Jadi setiap tindakan kita dan anak-anak serta keluarga kita perlulah mengambil kira faktor di atas dan tambahkan lagi dengan doa. Dan belilah kelengkapan rumah yang tidak menjejaskan keselamatan kita bekeluarga. SEMOGA SEMUANYA SUKSES

Tiada ulasan: