Khamis, 7 Mei 2009

Ayahku Seorang Pejuang (Sambungan Dari Episod Pertama)



Allahyarham Seorang Peniaga: Allahyarham seorang peniaga (businessmen) bukan sekadar nelayan yang seperti kamu tahu. Beliau pernah mempuyai ternakan lembu sehingga jumlah lembu yang dimilikinya mencecah ke 30 ekor. Allahyarham juga merupakan pemegang saham (shareholder) syarikat balak meskipun ditipu dan merupakan orang yang pertama membuka kedai runcit di kampung tersebut. Tidak lebih saya katakan orang melayu kedua yang menjalankan kedai runcit selepas Tuan Haji Sabli. Adat berniaga adakalanya pasang dan ada kalanya surut, itu adat berniaga. Tidak hairanlah beberapa orang daripada anaknya meneruskan kemahiran tersebut dengan menjual nasi katok dan kuih muih.

Allahyarham Seorang Pejuang Bangsa: Allahyarham juga merupakan pejuang bangsa yang harus disanjungi. Beliau pembantah dan penentang kepada kealfaan penduduk kampong yang mudah dimain-mainkan oleh pemimpin dengan menaburkan janji-janji kosong meskipun ada yang menyindir Allahyarham dengan kata-kata yang hina. Namun atas kekuatan, semangat dan sayangnya kepada Kampong Pulau Melayu (kampong yang dibuka dengan jerih-payah bersama ayah dan keluarganya) dan semangat juang yang tinggi maka Kg Pulau Melayu tidak lenyap zaman dan tetap dan kekal wujud hingga ke hari ini. Jika bukan tentangan Allahyarham Kampung Pulau Melayu sudah menjadi Resort dan hanya tinggal nama dalam lipatan sejarah. Di samping mempertahankan kampung kesayangannya Allahyarhamlah orang yang bertanggung jawab mewujudkan sekolah pertama di sekolah di Kampong Pulau Melayu dan cikgu pertama ialah Cikgu Abang Man (Cikgu Hj Abd. Rahman Nasir). Kewujudan sekolah ini adalah hasil jerih payah dan asakan berterusan Allahyarham kepada pihak kerajaaan. Penulis merupakan di antara penuntut pertama menuntut di sana walaupun sekadar sekolah main-main (pra sekolah). Manakala Surau Kg Pulau Melayu juga merupakan hasil usaha beliau dengan perundingan yang dibuatnya dengan seorang ahli peniaga melayu iaitu Allahyarham Tuan Haji Sabli yang berkesudian mendermakan kayu, papan dan sebagainya sehinggalah terbinanya surau pertama di Kg Pulau Melayu yang dulunya diberi nama Surau Haji Sabli atas cadangan Allahyarham jua.

Allahyarham pantang diperlekehkan: Allahyarham seorang yang benar-benar berjiwa besar dan tidak suka diperlekeh atau direndah-rendahkan oleh orang lain. Untuk renungan saya berikan satu peristiwa di mana beliau sanggup berdiri dan menunjuk membidas pembesar semasa mesyuarat kerana merendahkan dan memperlekeh cadangan yang diadukan oleh seseorang semasa mesyuarat tersebut yang akhiri cadangan tersebut diterima pakai.

Allahyarham Rajin Menuntut Ilmu Ugama: Semasa mudanya Allahyarham seorang yang suka menuntut ilmu keagamaan. Allahyarham khatam al-Quran beberapa kali. Di mana ada orang pandai Allahyarham akan belajar. Antara guru yang banyak membimbing beliau ialah Guru Tuan Haji Mokztar Khan. Dengan kesungguhannya belajar beliau mahir membaca al-Quran dan dan banyak menimba ilmu ketuhanan, ibadat dan akidah dan mempunyai amalan amalan hari. Semasa di Kampong beliau sering juga menjadi imam dan menjadi rujukan qari-qari muda dalam hal-hal tajuid. Allahyarham juga seorang yang bermurah dan sentiasa menyumbang kepada perkembangan samaada keugamaan atau kebajikan kampong.

Allahyarham bukan setakat berjayanya menjadikan anakya berpelajaran tinggi malah mampu merubah Kampong Pulau Melayu sebuah kampong yang serba lengkap dihormati dan harmoni.

Memang ada orang Kampung menyanjung baik usaha yang telah di buat oleh beliau namun tidak kurang juga ada yang tidak menyenanginya dan cemburu, Allahyarham tetap tabah dan terus berjuang kerana Allahyarham mempunyai perinsip hidup, benci kepada penipuan dan tidak mahu di paloi paloikan dengan janji janji manis. Akhirnya dengan keikhlasanya Allahyarham berjaya sebagai pejuang yang hebat kepada keluarganya mahupun kampung dan masyarakat setempat di mana empat anaknya telah berjaya menerima ijazah dan mempunyai jawatan yang baik.

Allahyarham seorang yang sangat baik dan sentiasa bersifat sabar jauh sekali bersifat dengki dendam atau memburuk-burukan orang lain.

Akhirnya Allhayarham balik ke Brunei membawa diri atas sebab yang sangat trajis yang telah memaksanya meninggalkan kampong kesayangan meskipun pada peringkat awal sukar untuknya membuat keputusan. Maaf penulis tidak dapat ceritakan yang sebenarnya dan yang hanya diketahui oleh ibu tersayang . Sedih, sangat sedih tapi beliau tabah mengharunginya yang akhirnya menjadi rahmat kepadanya. Semoga amalanya akan diterima oleh ALLAH. Amin. AL Fatihah.

Apa yang saya tulis adalah iklas untuk memberi maklumat kepada semua dan tiada tujuan lain. Saya juga terpangil untuk menceritakan kehebatanya sebagai contoh dan teladan dalam sama-sama kita mengharungi kehidupan masing-masing. Salam kekeluargaan dari saya dan keluarga.

Tiada ulasan: