HAPPY B DAY AZ……semoga panjang umur murah rezki, badan sihat sentiasa..amin..
Salam, saudara dan saudari sekalian d sini penulis ingin berkongsi cerita mengenai dengan salah seorang anak Allayaraham Hj lakim yang boleh dikatakan berjaya dalam hidup nya. Beliau adalah anak yang ke 4 dalam adik beradiknya. AZ adalah nama glamornya yang sering dipanggil oleh anak buah nya dan cucu2 nya. Antah dari mana datangnya perkataan AZ atu, mungkin masa nya muda2 sewaktu nya bercinta dulu kali.
Orang nya simple saja,kalau liat dari luaran orangnya mcm bangla tukang putung rumput saja usulnya, tapi anda jangan terpedaya dengan luaran, beliau adalah graduan lepasan UBD dan kini beliau adalah salah seorang pegawai kerajaan di sebuah Kementerian Pendidikan. Kalau kita liat dari raut wajahnya dengan berkulit warna kopi susu atu nampak saja macam pelakon orang jahat, tapi sebenarnya beliau adalah seorang yang soleh, peramah, berbudi bahasa dan hormat kepada orang yang lebih tua termasuk lah jiran tentanga sebalah beliau,keluar pemarang tu...
Beliau mempunyai keluarga yang besar, 9 orang anak, bukan senang kan menjaga nya. Walaupun mempunyai keluarga yang besar kasih sayang terhadap isteri dan anak2 beliau tidak di abaikan begitu saja. Ini terbukti anak anak beliau cemerlang dalam pelajaran termasuk lah isteri beliau yang sedang menuntut di UBD. Bagi beliau percaya ilmu itu sangat penting untuk masa hadapan. Anak2 beliau ada yang sudah hafal surah yassin atas didik kan beliau jua yang taat kan agama islam.
Hobby nya sama macam abang beliau jua ”KELAUT”. Ani lagi tera cakap saja pasal kelaut macam2 saja teknik dan cara2 yang akan di gunakannya apabila kelaut. Penulis pernah ikut kelaut bersama beliau sewaktu hujan labat, angin kencang, laut berombak tinggi dengan kemahiran beliau mengandali enjin bot dengan mudah nya beliau meredah lautan yang bergelora itu, sambil memarahi penulis kerana penulis nda tetulus lubang penutup air masuk keperahu. “lubang b**** tetulus kau” kata beliau dengan marahnya sambil melap mukanya, yang kebasahan hujan. Penulis hanya mampu tersenyum bila mengenangkan kisah itu tapi sejak beliau kehilangan pukat kuasinya semangatnya pun kurang tia udah kan kelaut, lain kali pakai cctv nda kana curi.
Tahun 2010 adalah tahun di nanti-nantikan kan beliau kerana 2010 menurut Fung Chui China adalah tahun kekayaan bagi beliau. Macam2 angan2 beliau kedengaran di telinga penulis apabila tibanya 2010 menjelma. Beliau seorang yang sangat kuat berangan angan, apabaila sudah bersara cita-cita beliau hendak membali sebuah kapal pukat tunda dari sabah, katanya banyak untungnya kalau pukat tunda tapi takut nya kapal pacah d lautan, rugi basar kata beliau. Kan membali sebuah bas 44 seater dapat jua di sewakan tapi takut jua ia nda balik modal kata beliau sambil menggaru-garu kepalanya yang penuh dengan uban. Buat masa ani bisnes tia nasi katok Ana penggalarannya, buleh tahan jua nasi katok atu pada mula-mulanya tapi buat masa ani. Atu pun kadang2 ada, kadang2 nada langsung. Alasan beliau nda berapa balik modal. Sampai ani tia nda tahu apakan d buat nya selapas nya bersara nanti. Jangan jadi macam 0rang di se*a**n atu saja…
Sebenarnya banyak lagi cerita menarik yang hendak di kongsikan mengenai beliau. Memandangkan blog ani untuk semua setakat ani saja ta dulu.
15hb Ogos ini genap lah usia beliau yang ke 44 tahun, oleh itu penulis ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun, semoga panjang umur murah rezeki, dan tabah menghadapi cabaran kehidupan. Amin…. Wasalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan