Khamis, 10 September 2009

PERNIAGAAN


CATATAN RAMADHAN 2009


Dengan kemudahan system RSS Feed di telefon bimbitku, pagi pagi lagi aku tersentak melihat kiriman dalam Blog keluarga ku ada Tertulis “Kelapa ku Belum kena Bayar”. Aku terus membuka blog menggunakan komputer di tempat bekerja. Aku melihat benar ada kenyataan itu beserta gambar yang disiarkan oleh bloger dikalangan keluarga kita semua.


Aku duduk termanggu memikirkan mengapa di bulan ramadhan yang dikata “Al-Mubarak” ini masih ada masyarakat kita masih lagi mampu membuat penipuan. Yang menyedihkan penipuan dibuat ke atas kanak-kanak. Menurut jajnjinya “jangan dulu aku ditagih duitnya ni ah, lapas bejual karang baru tah ku bayar ni” kata pembeli itu dengan madah selamba dan tak bersalah. Tapi adalah malang bagi kanak-kanak yang menanti dan menanti sambil mengira wang yang akan diterimanya nanti. Patutkah aku sebagai ayah perlu membayar duit itu dan berdusta kepada anakkku yang duitnya telah dibayar? Sedang ia benar-benar mengharapkan duitnya akan dibayar nanti. Sehingga hari ini dia masih menanti mengharap orang yang berjanji itu akan datang dan membayar wangnya itu.


Padahal harga kelapa itu tak seberapa, masalahnya sekarang mengapa perlu menipu sehingga kanak-kanak terpaksa tersiksa menanti dan terus menanti. Biarlah ini menjadi pengajaran kepada semua pembaca, KHASNYA DIRIKU DAN SELURUH KERABAT KELUARGAKU biarlah kita dalam keadaan susah sekalipun jangan sampai kita mencari sejemput kesenangan dengan menangguk kesusahan orang lain. Jauhilah diri kita dengan penipuan, kerana kita di bumi ini hanya sebagai khalifah yang berteduh sementara di bumi ini. Apa yang pasti kita semunya akan menemui alam akhirat. Sebab itulah kita diajarkan doa:


“Ya Allah berilah aku (Kami) kebaikan-kebaikan hidup di dunia dan kebaikan-kebaikan hidup diakhirat” Amin

Tiada ulasan: